Tuesday, March 31, 2009

disaat aku keseorangan

Disaat sunyi sepi begini, segala detik-detik manis terimbas kembali diingatan. Di saat senyuman terukir dibibirku. Tapi sayang itu semua hanya sementara sahaja. Aku lelah untuk tangisi lagi tentang hubungan ini. Bagi ku, mungkin ada hikmahnya disebalik perpisahan ini. Biarlah beliau berbahagia melihat aku terluka namun aku hanya insan biasa adakalanya terasa hinggakan terhiris hati ini dibuatnya. Aku tabahkan hati ini dan aku punyai impian baru. Maksud ku, untuk tumpukan perhatian pada kerjaya dan tak akan lagi bercinta. Bagi ku tiada maknanya langsung untuk bercinta kerana merana diri sendiri. Bagaimana kita sayangi seseorang namun kita tidak akan memiliki dirinya buat selamanya. Bagaimana pun, tetap terpisah satu hari kelak. Biarlah jodoh aku kali ini datang dengan sendirinya. Mungkin berpuluh tahun akan datang. Senang kata pasal aku tak akan ada kepercayaan terhadap lelaki dan aku juga ada perasaan benci terhadap lelaki sekarang ni. Mungkin masa akan menentukan segalanya. Cuma aku sedih kerana kita aku sering rasa kedunyian dan tidak bermaya. Namun demi masa depan ku, aku terpaksa ikutkan sahaja gelagat mereka yang di tempat kerja ku itu. Biarlah aku penat bekerja, asalkan hutang aku akan selesai. Aku tertekan sebenarnya dengan kata-kata yem yang menghina aku depan teman baru nya itu. Aku tak sangka sampai ke situ sekali beliau katakan padahal aku kerja untuk rumah jugak. Biarlah sejarah ini berlalu dari ingatan ku. Tak mungkin aku akan kembali pada nya... Cukup sampai disini sahaja kau lukakan hati ini. Jangan sampai betul-betul aku jadi hilang akal aru kau nak campur

No comments: