Monday, March 30, 2009

Introduction Of My Life

Aku hanyalah insan biasa yang hidup penuh dengan pancaroba. Apa yang mampu aku luahkan hanyalah apa yang pernah aku jalani dalam kehidupan aku ini. Aku mempunyai tiga beradik dan aku lah anak yang pertama. Ibu bapa ku pula kedua-duanya adalah seorang penagih dadah dahulu. Mereka sering keluar masuk penjara. Aku tiga beradik sering terpisah dan dibesarkan oleh perbezaan makcik. Pernah ketika dahulu aku bersama mereka namun makcik kami tidak dapat menjaga kami bersama-sama lalu ingin membuat keputusan agar kami di beri kepada rumah anak-anak di pertapis. Aku dengan kecil hati initerus menyuruh salah satu makcik menjaga kami dan aku akan bekerja agar menolongnya menempuh kami tiga beradik. Aku mula bekerja di gerai segera kerana umur aku masih kecil lagi. Hanya brape sahaja yang aku mampu menolong. Tapi sekurang-kurangnya ada jugak untuk aku punya jajan sekolah sendiri. Namun setelah semangkin dewasa, aku kerja di kelab malam. Disaat itu aku sudah pun menengah dua. Pelajaran ku juga terjejas kerana kekurangan tidur. Tapi demi persekolahan aku dan adik-adik, aku terpaksa bekerja sepenuh masa. Setelah itu juga, kesabaran ku terhadap makcik kekurangan dan aku mula rasa tertekan. Aku mula campur dengan teman-teman yang liar dan mula belajar menghisap rokok. Makcik yang menjaga aku dapat tahu lalu aku diberikan kepada datuk ku semula. Aku memang tak suka tinggal disana kerana makcik ku itu suka sangat memerintah dan seksa aku dan adik ku. Namun kerana umur lagi kecil lagi, aku terpaksalah bersabar menempuhi liku kehidupan yang terseksa. Aku dipaksa berhenti kerja disana dan mula bekerja bersama makcik ku itu. Segala telah berubah. Semuanya aku kena buat dan segala duit gaji ku telah diambil olehnya. Aku mula berkenalan dengan insan yang bernama didi. Kami bertunang dan setelah terlanjur kami bernikah. Aku rasakan segalanya telah bebas dan dapat hidup dengan kehidupan baru. Tapi sayang rupanya itu semua hanya sementara sahaja. Dalam diam aku dipermainkan dan aku tidak dapat bertahan lagi lalu aku pergi meminta agar kami putuskan sahaja rumah tangga ini. Dan setelah itu, kerana teman ku yang bersama ku ketika di bangku sekolah lagi membuat kecoh, aku buat keputusan untuk keluar dari rumah itu. Disaat itu pula, aku mengenal insan yang bernama yem. Aku mula berkawan dengannya dan tanpa ku sangka beliau juga telah membuka hati ini ketika dahulu. Aku mula merasakan bahawa aku mulai menyayangi beliau. Beliau memberi ku tempat berteduh. Dan menyara hidup ku dengan lebih sempurna. Tapi sayang itu hanya kemanisan yang sementara sahaja. Segalanya baru juga kini menjadi kepahitan. Aku kuatkan semangat aku untuk terus hidup walau tanpa lelaki. Bagi ku ini mungkin liku-liku kehidupan ku untuk tempuhi ini semua. Aku hanya bersyukur kerana akhirnya aku dapat bangunkan diri ini dan tidak mengikutkan perasaan yang terluka. Memang pada mulanya aku tidak dapat terima hakikat ini tapi lama kelamaan aku sedar, kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja dan tidak seharusnya aku terpedaya dengan kata-kata manis dalam dunia ini. Aku harus buktikan tanpa sesiapa namun aku masih juga boleh berjaya dalam kehidupan ini. Cukup lah setakat disini sahaja aku rasakan kelukaan ini mungkin ini semua ada hikmah disebaliknya. Mungkin kehidupan aku akan datang lebih bermakna dan lebih bahagia dari apa yang aku harungi sebelum ini. Bagi aku, tanpa cinta lebih mulia kerana ia hanya menyakitkan hati sahaja untuk bercinta. Kata-kata manis hanya pada permulaan dan semangkin lama semangkin pahit jadinya. Apa gunanya untuk bercinta jika sering dipermainkan dan diperbodohkan oleh sesama manusia. Hingga kini, aku tidak percaya akan cinta. Ini semua hanya sementara kami memperolehi. Lama-kelamaan kami akan hidup keseorangan juga. Itulah yang dapat ku nyatakan tentang cinta.

No comments: